もっと詳しく

Kadar tol di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) diturunkan bermula pada 12.01 tengah malam ini, demikian diumumkan Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi. Nanta berkata penurunan kadar tol itu dibuat selepas perbincangan dan persetujuan syarikat konsesi dua lebuh raya berkenaan iaitu IJM Corporation Berhad selaras dengan keputusan jemaah menteri pada 21 Dis lepas. “Ia juga merupakan sebahagian penyusunan semula struktur dan kadar tol bagi dua lebuh raya terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Nanta, penurunan kadar tol adalah sebanyak 15 sen b…