CGS-CIMB Securities Sdn Bhd (CGS-CIMB) mengunjurkan inflasi Malaysia berada pada 3.0 peratus tahun ke tahun pada 2023, berbanding unjuran bagi 2022 pada 3.3 peratus tahun ke tahun. Ketua Ekonomi, Nazmi Idrus berkata campur tangan kerajaan dalam perkara seperti harga ayam, petrol dan bayaran tol akan terus membendung sebahagian inflasi dalam jangka masa terdekat. “Bagaimanapun, kenaikan harga elektrik untuk pengguna bukan domestik serta bukan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) (voltan rendah) baru-baru ini akan berkuat kuasa pada Januari 2023, dan kami menjangkakan ini mendorong sedikit penin…