もっと詳しく

Pengasas Perkhidmatan Premium Big Blue Taxi Shamsubahrin Ismail hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan menipu menjual kenderaan mewah serta menggunakan gelaran Datuk palsu. Tertuduh yang berusia 57 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam. Shamsubahrin dituduh memperdaya Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, 62, bagi mendapatkan kenderaan jenis Toyota Alphard model 2019 berharga RM180,000 dan nombor pendaftaran kenderaan khas VVP 7 sehingga mangsa menyerahkan wang tunai RM95,000 yang mana mangsa tidak akan…