もっと詳しく

Mahkamah Rayuan menetapkan 7 April untuk mendengar rayuan Muhammad Yusoff Rawther untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan dan tuntutan balas Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap tuntutan salah laku seksual. Perbicaraan itu adalah berhubung tindakan sivil bekas pembantu penyelidik tersebut terhadap Anwar. Peguam Anwar, Navpreet Singh mengesahkan bahawa Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh pendengaran semasa pengurusan kes semalam. “Perbicaraan rayuan ditetapkan pada 7 April 2023, melalui zoom,” kata peguam itu kepada Malaysiakini hari ini. Rayuan Yusoff adalah terha…