もっと詳しく

Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu, hari ini atas tuduhan menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan di Kuala Terengganu, dua tahun lepas. Tertuduh Norazia Abdul Rahman, 41, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nazlyza Mohd Nazri. Wanita itu dituduh menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan di bawah Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dengan menjalankan perkhidmatan pemasangan veneer yang merupakan suatu amalan pergigian di bil…