もっと詳しく

Kumpulan pekebun yang mengusahakan durian musang king di Raub, Pahang sepakat untuk meneruskan semakan kehakiman mereka di Mahkamah Tinggi Kuantan. Keputusan itu diumumkan Pengerusi Save Musang King Alliance (Samka), Wilson Chang melalui satu kenyataan media petang tadi. Samka ialah organisasi ditubuhkan pekebun durian musang king bagi memprotes skim diperkenalkan syarikat Royal Pahang Durian dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (RPDR-PKPP). Tindakan kumpulan itu meneruskan semakan kehakiman dilihat sebagai mencabar saranan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, pada 27 Jan lalu yang …