Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan hari ini menyeru ahli partinya untuk memberi peluang kepada parti itu meneroka dinamik politik baru. Dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2022, Mohamad berkata kelangsungan parti adalah keutamaan kepada kepimpinan Umno dan mereka akan mula mempersiapkan parti untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang. “Saya mohon dan saya minta semua ahli Umno, bagi parti peluang peluang untuk menerokai dinamik politik semasa, untuk kita pastikan supaya survival parti ni jadi keutamaan kita. “Apa dilakukan pucuk pimpinan parti semata-mata memasti…